Do’a Sebelum
Belajar
رَبِّ
زِدْنِي عِلْمًا، وَارْزُقْنِيْ فَهْمًا وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الصَّالِحِيْنَ
Robbii Zidnii ‘Ilmaa, Warzuqnii Fahmaa,
Waj’alnii Minash-Shoolihiin Amiin Ya Robbal ‘Aalamiin
Artinya
: Ya Alloh Tambahkanlah aku ilmu, Dan berilah aku karunia untuk dapat
memahaminya, Dan jadikanlah aku termasuk golongannya orang-orang yang shoolih.
Ya Alloh kabulkanlah do’aku ini.
DEFINISI SYIRIK
Syirik adalah menyembah tuhan selain Allah
SWT. Orang-orang yang menyembah selain Allah bermakna menyekutukan (menganggap
Allah berkongsi kekuasaan dengan makhluk ciptaan-Nya). Allah SWT berfirman
dalam ayat di bawah yang bermaksud,
“...Janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu
bagi Allah SWT, padahal kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat: 22)
Amalan syirik merupakan dosa besar seperti
dilaporkan dalam hadis di bawah ini yang bermaksud, bahawa syirik merupakan
dosa besar.
Ibnu Mas’ud bertanya kepada Rasulullah SAW,
“Apakah dosa yang paling besar kepada Allah SWT? Rasulullah SAW menjawab,
“Menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu sedangkan Dia menciptakan engkau.”
(Dilaporkan daripada Sahih Bukhari)
JENIS-JENIS SYIRIK
Amalan syirik dibahagikan kepada beberapa
kumpulan iaitu
1. Syirik yang berkaitan dengan kepercayaan
kepada Allah SWT
a. Syirik perkongsian iaitu mempercayai bahawa
terdapat entiti lain selain Allah SWT yang berkongsi sifat-sifat Allah SWT
secara keseluruhan atau sebahagian.
1.
Penganut Hindu percaya bahawa Tuhan Brahman berkuasa secara total dan eternal
yang menjadikan segala-galanya. Walau bagaimanapun, Brahman dijelmakan kepada
tiga entiti yang berbeza iaitu Brahma sebagai pencipta, Vishnu sebagai
pentadbir dan Shiva sebagai pemusnah.
2.
Penganut Kristian percaya bahawa Tuhan Yang Esa dijelmakan ke dalam tiga bentuk
iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus. Mereka mengan ggap ketiga
entiti tersebut ini berkongsi kekuasaan, Tuhan Bapa bertugas sebagai pencipta
alam semesta manakala Tuhan Anak bertugas dalam penyusunan alam semesta dan Roh
Kudus bertugas memberikan petunjuk (hidayah) kepada manusia.
3. Sebahagian Muslim pula percaya bahawa roh orang-orang alim atau wali boleh memberi manfaat dalam urusan dunia walaupun mereka telah mati. Oleh, mereka melakukan pemujaan ke atas kubur alim ulama, amalan ini termasuk dalam amalan syirik.
3. Sebahagian Muslim pula percaya bahawa roh orang-orang alim atau wali boleh memberi manfaat dalam urusan dunia walaupun mereka telah mati. Oleh, mereka melakukan pemujaan ke atas kubur alim ulama, amalan ini termasuk dalam amalan syirik.
b. Syirik penafian bermakna menafikan
kewujudan tuhan. Sungguhpun kewujudan tuhan tidak ditolak secara keseluruhan
tetapi menafikan kewujudan Tuhan (Pantheis). Contohnya ialah:
• Firaun menolak kewujudan Tuhan dan mendakwa
dirinya adalah tuhan seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
“Maka dia mengumpulkan (pembesar-pembesarnya)
lalu memanggil kaumnya sambil berkata, ‘Akulah tuhanmu yang paling tinggi.’ ”(Surah
Naaziaat, ayat: 23 hingga 24)
• Ahli-ahli Falsafah Moden di Eropah yang
menolak kewujudan Tuhan dengan teori “Death of God Philosophy” iaitu “Falsafah
Kematian Tuhan”. Seorang ahli falsafah daripada Jerman yang bernama Philip
Mainlander (1841-1876) di dalam tulisannya “The Philosophy of Redemption”
menyatakan bahawa alam semesta mula wujud dengan kematian tuhan.
• Sebahagian Muslim menyakini bahawa Allah SWT
adalah segala-galanya dan segala-galanya adalah Allah SWT. Konsep ini gagal
memisahkan antara Allah SWT dan makhluk ciptaan-Nya, sehingga menafikan kewujudan
tuhan secara tidak langsung.
2. Syirik yang berkaitan dengan sifat-sifat
Allah SWT
a. Allah SWT digambarkan dengan sifat-sifat
makhluk dan makhluk diberikan dengan sifat-sifat Allah SWT. Contohnya, jika
tidak ada polis maka saya telah dirompak. Amalan tersebut meletakkan sifat
manusia sama seperti sifat Allah SWT.
b. Menyamakan sifat Allah SWT dengan
sifat-sifat makhluk atau menyamakan makhluk dengan sifat-sifat Allah SWT.
Contohnya ialah:
• Allah SWT digambarkan melalui patung-patung
atau lukisan seperti bentuk manusia. Penganut Hindu menciptakan pelbagai patung
sebagai manifestasi kepada tuhan manakala penganut Kristian melukiskan tuhan
sebagai seorang lelaki tua dari Eropah yang mempunyai janggut yang panjang,
tidak berpakaian dan berdiri di atas syiling Sistine Chapel di Vatican yang
dilukiskan oleh Michael (1565).
• Syirik pada zaman moden adalah berdasarkan
Teori Relativity Einstein € = mc2 (energy is a equal to mass times the square
of the speed of light) menyatakan bahawa tenaga tidak dapat dicipta dan
dimusnahkan, ia berubah menjadi matter dan sebaliknya. Sedangkan “matter” dan
tenaga adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dan boleh dimusnahkan
seperti yang dilaporkan dalam ayat di bawah ini.
“Allah SWT menciptakan segala sesuatu dan Dia
memelihara segala sesuatu.”
(Surah a-Zumar, ayat: 62)
Allah SWT dapat menciptakan dan membinasakan
ciptaan-Nya seperti dilaporkan dalam ayat di bawah yang bermaksud,
“Semua yang ada di bumi pasti akan binasa.” (Surah
ar-Rahman, ayat: 26)
3. Syirik yang berkaitan dengan amal ibadah
yang berlaku apabila ibadah tersebut ditujukan kepada selain Allah SWT dan
mengharapkan manfaat selain daripada Allah SWT. Syirik ini terbahagi kepada dua
iaitu syirik besar dan syirik kecil.
Perbezaan syirik besar dan syirik kecil
1. Syirik besar membatalkan akidah manakala
syirik kecil tidak membatalkan akidah.
2. Syirik besar menghapuskan semua amalan baik manakala syirik kecil hanya menghapuskan amalan yang berkaitan dengan amalan syirik tersebut sahaja.
3. Syirik kecil akan diampunkan apabila bertaubat sedangkan syirik besar tidak diampunkan oleh Allah.
2. Syirik besar menghapuskan semua amalan baik manakala syirik kecil hanya menghapuskan amalan yang berkaitan dengan amalan syirik tersebut sahaja.
3. Syirik kecil akan diampunkan apabila bertaubat sedangkan syirik besar tidak diampunkan oleh Allah.
a. Amalan-amalan yang termasuk syirik kecil
1. Riyak ialah menyembah Allah SWT dengan cara
menunjuk-nunjuk kepada manusia. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang
bermaksud,
“Maka celakalah bagi orang-orang yang solat
iaitu orang-orang yang lalai dalam solatnya, orang-orang yang berbuat riyak.” (Surah
al-Ma’un, ayat: 4 hingga 6)
Riyak adalah melakukan sesuatu amalan untuk
menunjuk-nunjuk kepada orang lain seperti dilaporkan dalam hadis berikut,
“Tidak ada yang lebih saya risaukan terhadap
kamu lebih daripada bahaya dajal iaitu syirik yang tersembunyi iaitu semasa
mendirikan solat supaya dilihat oleh orang lain.”
(Dilaporkan daripada Ibnu Majah)
(Dilaporkan daripada Ibnu Majah)
2. Mempercayai manusia mempunyai kekuasaan
melebihi Allah SWT. Contoh, percaya penyakit sembuh kerana rawatan doktor bukan
kerana Allah SWT.
3. Bersumpah menggunakan nama selain nama Allah SWT seperti dilaporkan dalam hadis berikut,
3. Bersumpah menggunakan nama selain nama Allah SWT seperti dilaporkan dalam hadis berikut,
Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang
bersumpah selain daripada Allah SWT termasuk syirik kecil.”
Dalam hadis yang lain dilaporkan bahawa,
Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang
bersumpah, hendaklah bersumpah dengan nama Allah SWT ataupun diam.” (Dilaporkan
daripada Sahih Muslim)
a. Amalan-amalan syirik besar
1. Menyembah selain Allah SWT.
Syirik ini mudah dikesan kerana menyembah
selain Allah SWT secara terang-terangan seperti menyembah pokok atau batu
besar.
2. Memohon pertolongan kepada orang mati.
Syirik ini dilakukan dengan menziarahi
kubur-kubur ulama dan berdoa di kubur tersebut. Syirik jenis ini sukar dikesan
kerana:
a. Mereka tidak mengkhususkan doa memohon
perlindungan daripada kubur tersebut.
b. Mereka yakin orang yang diminta perlindungan tersebut bukan pencipta tetapi hanya penghubung antara mereka dengan Allah SWT. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
b. Mereka yakin orang yang diminta perlindungan tersebut bukan pencipta tetapi hanya penghubung antara mereka dengan Allah SWT. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
“Kami tidak menyembah mereka, melainkan untuk
mendekatkan diri kepada Allah SWT sedekat-dekatnya.” (Surah Az-Zumar, ayat: 3)
Ayat di atas menjelaskan bahawa orang-orang
yang menyembah berhala sedar bahawa amalan tersebut bercanggah dengan akidah
Islam. Mereka mengatakan bahawa amalan tersebut dilakukan untuk mendekatkan
diri kepada Allah SWT semata-mata. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang
bermaksud,
“Mereka menyembah selain Allah SWT yang tidak
dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan juga tidak memberikan manfaat dan
mereka berkata, ‘Mereka itulah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah SWT.’
” (Surah Yunus, ayat: 18)
Allah SWT menjelaskan bahawa tidak ada satu
pun ciptaan-Nya yang dapat memberikan kebaikan kepada manusia kecuali dengan
kehendak-Nya.
3. Percaya ciptaan Allah SWT mempunyai
kekuatan ghaib
• Percaya kepada Bomoh
Sebahagian muslim mendapatkan kejayaan dengan
menjumpai bomoh, amalan ini termasuk dalam amalan syirik. Allah berfirman dalam
ayat di bawah ini yang bermaksud,
“Sebahagian mereka beriman kepada Allah SWT
kecuali semasa menyekutukan Allah SWT. (Surah Yunus, ayat: 106)
Mereka menyekutukan Allah SWT dengan
ciptaan-Nya tetapi pada masa yang sama mereka beriman. Mereka beranggapan
bahawa amalan tersebut untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
• Percaya roh yang telah mati boleh bangkit
semula dan menghantui manusia, oleh itu mereka membakar kemenyan untuk
menyambut kepulangan roh tersebut. Amalan ini merupakan peninggalan kepercayaan
agama Hindu yang masih melekat di kalangan masyarakat melalu muslim.
• Percaya kepada azimat
Azimat adalah suatu benda yang dipercayai
mempunyai kekuatan ghaib yang dapat menyembuhkan penyakit atau menyelamatkan
pemakai daripada musibah. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang
bermaksud,
“Jika Allah SWT menimpakan suatu musibah
kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkan melainkan Dia. Jika Dia
mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia maha kuasa atas segala sesuatu.” (Surah
Al-An’am, ayat: 17)
Sebahagian Muslim mempercayai bahawa azimat
dapat memberikan kebaikan dan keburukan kepada mereka. Azimat yang lazim
digunakan adalah batu permata dan taring babi hutan.
• Percaya kepada sihir
Sihir ialah melakukan amalan tertentu untuk
menolak kejahatan dan mendapatkan kekuatan ghaib dengan bantuan jin. Jampi
diharamkan kerana memohon selain kepada Allah SWT. Allah SWT mengajar manusia
untuk berlindung daripada pengaruh sihir seperti dalam firman Allah SWT di
bawah ini yang bermaksud,
“Dan daripada kejahatan perempuan-perempuan
tukang sihir yang menghembuskan pada buhul-buhul.” (Surah Al-Falaq, ayat: 4)
Islam juga melarang menjumpai tukang sihir
kerana mereka mengamalkan amalan syirik. Orang-orang yang mengamalkan sihir
akan meramal tentang nasib seseorang ataupun perasaan yang tersirat pada
seseorang. Bahkan Islam melarang belajar ilmu sihir seperti dilaporkan dalam
hadis yang bermaksud,
“Siapa yang mempelajari salah satu bidang
daripada perbintangan, maka ia telah mempelajari sihir.” (Dilaporkan daripada
Abu Daud)
Mengikut hadis di atas Rasulullah SAW melarang
umatnya untuk belajar ilmu-ilmu yang berkaitan dengan syirik. Misalnya seperti
ilmu perbintangan yang dapat meramalkan masa depan seseorang. Larangan tersebut
kerana tidak ada sesiapa mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT. Allah
berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
“Katakanlah tidak ada seorang pun di langit
dan di bumi yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT.” (Surah An-Naml,
ayat: 65)
Ayat di atas menjelaskan bahawa tidak ada
sesiapa pun mengetahui perkara-perkara ghaib kecuali Allah SWT. Sihir yang
diamalkan oleh dukun atau tukang tilik nasib menggunakan bantuan jin untuk
meramal perkara-perkara yang akan datang.
Kadangkala tersebut secara kebetulan ramalan
tepat. Sungguhpun demikian, ramalan dukun tidak boleh dipercayai kerana jin
tidak mengetahui perkara-perkara ghaib seperti diterangkan dalam ayat di bawah
ini yang bermaksud,
“Maka semasa ia tersungkur, tahulah jin bahawa
sekiranya mereka mengetahui perkara ghaib, pasti mereka tidak akan kekal dalam
seksa yang menghinakan.”
(Surah Saba, ayat: 14)
(Surah Saba, ayat: 14)
Selain mengamalkan tenung, dukun juga
mengamalkan ilmu pengasih yang sering digunakan untuk memikat seseorang yang
disukai. Ilmu pengasih juga diharamkan kerana syirik dan menggunakan sihir
tersebut. Perkara ini dilaporkan dalam hadis di bawah ini yang bermaksud,
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya
jampi-jampi, azimat dan ilmu pengasih adalah perbuatan syirik." (Dilaporkan
daripada Ibnu Hibban)
• Percaya selain Allah SWT
• Nazar adalah ibadah untuk mendekatkan diri
kepada Allah SWT. Nazar kepada selain Allah SWT adalah haram. Segelintir muslim
bernazar kepada kubur ulama atau tempat-tempat yang dianggap keramat sedangkan
perkara tersebut tidak memberikan manfaat seperti diterangkan dalam ayat
berikut yang bermaksud,
“Semua yang kamu nafkahkan atau nazarkan,
sesungguhnya Allah SWT mengetahuinya. Tidak ada seorang pembantu bagi
orang-orang yang berbuat zalim.” (Surah Al-Baqarah, ayat: 270)
Nazar kepada selain Allah SWT diharamkan
kerana:
1. Nazar hanya layak ditujukan kepada Allah
SWT sedangkan nazar tersebut ditujukan kepada ciptaan Allah SWT
2. Ciptaan Allah SWT tidak dapat memberikan
keberkatan tanpa keizinan Allah SWT.
• Penyembelihan korban kepada selain Allah SWT
Orang-orang musyrik melakukan penyembelihan
haiwan korban kepada berhala-berhala untuk mendekatkan diri kepada berhala
tersebut. Islam mengharamkan sembelihan tersebut berdasarkan sabda Rasulullah
SAW.
“Ali berkata, ‘Rasulullah SAW bersabda
kepadaku dengan empat ayat, ‘Allah SWT melaknat orang yang melakukan
penyembelihan haiwan korban selain kepada Allah SWT, orang yang melaknat ibu
bapa, orang yang melindungi penjahat dan orang-orang yang mengalihkan sempadan
tanah miliknya.’ ” (Dilaporkan daripada Sahih Muslim)
Islam memelihara kemurnian tauhid dengan
melarang penyembelihan korban di tempat-tempat yang digunakan untuk
penyembelihan korban kepada berhala. Jika orang-orang yang tidak memahami Islam
dengan baik menyaksikan penyembelihan tersebut dirisaukanakan diamalkan tanpa
pengetahuan tentang perkara tersebut.
• Percaya kepada perasaan sial akan
menimbulkan perasaan rendah diri atau putus asa dan mempunyai prasangka buruk
dan tidak bergantung kepada Allah SWT. Larangan tersebut dilaporkan dalam hadis
berikut,
Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang
membatalkan hajatnya kerana prasangka buruk, maka ia telah berbuat syirik.”
Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah tebusan denda daripada
perbuatan tersebut?” Beliau menjawab, “Ucapkan, Ya Allah tidak ada sesuatu
kebaikan kecuali kebaikan-Mu dan tidak ada prasangka buruk kecuali prasangka
buruk yang datang daripada-Mu, dan tidak ada Tuhan melainkan Engkau.”
(Dilaporkan daripada Imam Ahmad)
(Dilaporkan daripada Imam Ahmad)
Orang-orang yang mempercayai perkara sial akan
membatalkan setiap rancangan yang dibuat kerana percaya amalan sial akan
berlaku jika meneruskan rancangan tersebut.
BAHAYA SYIRIK
1. Dosa syirik tidak diampunkan.
Syirik dapat menyebabkan seorang Muslim
terkeluar daripada Islam, maka semua amalannya ditolak dan dosanya tidak akan
diampunkan oleh Allah SWT. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang
bermaksud,
“Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampuni
dosa syirik. Dia akan mengampuni segala dosa selain syirik bagi siapa yang
dikehendaki-Nya. Sesiapa yang menyekutukan Allah SWT maka ia telah melakukan
dosa yang sangat besar.” (Surah An-Nisa’, ayat: 48)
2. Dosa syirik akan kekal
Orang-orang yang mengamalkan syirik tidak akan
masuk syurga. Allah SWT menerangkan bahawa orang-orang yang mensyirikkan Allah
SWT tidak akan mencium bau syurga seperti dilaporkan dalam firman Allah SWT di
bawah ini yang bermaksud,
“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang
berkata, ‘Sesungguhnya Allah SWT ialah Al-Masih putera Maryam.’ Padahal
al-Masih berkata, ‘Hai Bani Israil, sembahlah Allah SWT Tuhan-ku dan Tuhanmu.’
Sesungguhnya orang yang menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, Allah SWT
mengharamkan syurga kepadanya dan tempatnya adalah neraka. Tidaklah ada seorang
penolong pun bagi orang-orang zalim.”
(Surah al-Maidah, ayat: 72)
Ayat di atas menerangkan bahawa Allah
mengharamkan syurga kepada orang-orang yang mensyirikkan Allah.
3. Dosa syirik menghapuskan kebaikan.
Syirik merupakan dosa besar, orang yang
mengamalkan syirik akan menghapuskan semua amalan kebaikan yang lain. Perkara
ini diterangkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu
dan kepada nabi-nabi sebelum kamu, ‘Jika kamu menyekutukan Allah SWT, nescaya
akan hapuslah amalanmu dan kamu termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.’
” (Surah Az-Zumar, ayat: 65)
4. Islam melarang memohon keampunan kepada
orang yang mengamalkan syirik. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang
bermaksud,
“Tidaklah patut bagi Nabi dan orang-orang yang
beriman memohon keampunan kepada Allah SWT bagi orang-orang musyrik, walaupun
orang-orang musyrik itu adalah saudara mara. Ini kerana sudah jelas bagi mereka
bahawa orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahanam....” (Surah
at-Taubat, ayat: 113 hingga 114)
ISLAM MENGHANCURKAN KESYIRIKAN
Islam menghalang amalan syirik dengan
mengharamkan semua perkara yang dapat menyumbang kepada amalan syirik ialah:
1. Islam melarang mengagungkan nabi secara
melampau. Umat nabi-nabi sebelumnya telah mengagungkan nab-nabi mereka secara
melampau bahkan menyembahnya. Oleh itu, Rasulullah menghalang umatnya
mengagungkan beliau seperti dilaporkan dalam hadis di bawah ini yang bermaksud,
Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah engkau
mengagungkan aku seperti kaum Nasrani mengagungkan Isa bin Maryam. Sesungguhnya
aku adalah seorang hamba Allah SWT, maka katakanlah hamba Allah SWT dan
rasul-Nya.” (Dilaporkan daripada Muttafaq Alaih)
2. Melarang mengagungkan ulama secara melampau
Kaum Nasrani juga mengagungkan pendeta-pendeta
dan rahib-rahib mereka secara melampau. Mereka mengamalkan undang-undang yang
diadakan oleh rahib-rahibnya dan meninggalkan undang-undang Allah SWT.
Sebahagian Muslim juga melakukan syirik dengan
mengagungkan ulama secara melampau. Mereka menziarahi kubur-kubur ulama dan
meminta keberkatan daripada kubur tersebut.
3. Melarang menyembah atau memuja kubur ulama
a. Islam melarang menjadikan kubur sebagai
tempat melakukan ibadah seperti mana yang dilaporkan dalam hadis berikut.
Rasulullah SAW bersabda, “Ketahuilah
orang-orang sebelum kamu telah menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai tempat
ibadah. Ingatlah, jangan kamu menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, kerana
aku melarang kamu melakukan perkara seperti itu.” (Dilaporkan daripada Sahih
Muslim)
Rasulullah SAW melarang beribadah di
kubur-kubur nabi. Rasulullah SAW khuatir sekiranya perbuatan menjadikan kubur
sebagai sembahan ini diwarisi oleh generasi selepas sekaligus menyebabkan
mereka tersesat.
b. Islam melarang solat menghadap ke arah
kubur sebagaimana yang dilaporkan dalam hadis berikut.
Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah engkau
duduk di atas kubur dan janganlah engkau solat menghadap kubur.” (Dilaporkan
daripada Sahih Muslim)
c. Islam melarang meninggikan kubur kerana
risau amalan tersebut untuk bermegah-megah dan generasi seterusnya akan
menjadikan kubur sebagai tempat sembahan. Larangan tersebut dilaporkan dalam
hadis berikut,
Nabi Muhammad SAW menghantar Ali dan melarang
meninggikan kubur, kecuali menggunakan tanah daripada kubur itu sendiri. (Dilaporkan
daripada Sahih Muslim)
Jika kubur tersebut ditinggikan dengan
menggunakan tanah asal daripada penggalian tersebut maka kubur tersebut tidak
terlampau tinggi dan tidak mempunyai niat untuk kemegahan.
d. Melarang memuja pokok-pokok dan batu-batu
besar
Orang-orang musyrik Mekah menyebabkan patung besar
seperti Lata dan pohon besar seperti Uzza serta batu besar seperti Manat.
Orang-orang Nusantara juga menyembah patung, pokok dan batu besar sebelum
kedatangan Islam. Amalan tersebut masih diamalkan oleh segelintir muslim dan
telah diubahsuai sehingga kelihatan seperti amalan Islam.
Muslim tidak lagi menyembah patung, pokok dan
batu besar tetapi mereka memuja pokok dan batu besar dengan bernazar dan
mengadakan majlis kenduri serta menggantungkan kain putih di pokok dan batu
besar serta kubur ulama. Mereka melakukan amalan-amalan tersebut sekadar
meneruskan amalan nenek moyangnya.
KESAN AMALAN SYIRIK TERHADAP MANUSIA
1. Menzalimi diri sendiri
Orang-orang yang mengamalkan syirik akan
menzalimi dirinya. Mereka menjadikan dirinya sebagai hamba kepada sembahan-sembahan
tersebut. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
“Dan ingatlah semasa Luqman berkata kepada
anaknya, ia mengajar anaknya, ‘Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah
SWT. Sesungguhnya mempersekutukan Allah SWT adalah satu kezaliman yang besar.’
” (Surah Luqman, ayat: 13)
2. Menjadi Penakut
Orang-orang yang mempercayai khurafat dan
tahayul menjadi penakut, kurang percaya diri dan bersangka buruk terhadap orang
lain. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
“Kami akan campakkan ke dalam hati orang-orang
kafir perasaan takut, disebabkan mereka menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu
yang tidak diturunkan maklumat oleh Allah SWT.” (Surah Ali-Imran, ayat: 151)
PERBINCANGAN
1. Kenapa Islam tidak membenarkan perantaraan dalam penyembahan?
Perantaraan dalam ibadah merupakan amalan syirik yang tidak diampunkan oleh Allah SWT. Ibadah merupakan hubungan dua hala antara manusia dengan Allah SWT yang dapat dilakukan secara langsung tanpa memerlukan perantaraan.
1. Kenapa Islam tidak membenarkan perantaraan dalam penyembahan?
Perantaraan dalam ibadah merupakan amalan syirik yang tidak diampunkan oleh Allah SWT. Ibadah merupakan hubungan dua hala antara manusia dengan Allah SWT yang dapat dilakukan secara langsung tanpa memerlukan perantaraan.
Agama-agama lain menggunakan orang-orang yang
dianggap suci dalam kalangan mereka sebagai penghubung antara mereka dengan
Allah SWT. Penggunaan perantara ini bermakna menyekutukan Allah SWT dengan
ciptaan-Nya dan ia tergolong dalam amalan syirik. Sedangkan syirik merupakan
dosa besar seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampuni
dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa selain syirik bagi siapa yang
dikehendaki-Nya. Barang siapa mempersekutukan Allah SWT, maka sungguh ia telah
berbuat dosa yang besar.”
(Surat An-Nisa', ayat: 48)
(Surat An-Nisa', ayat: 48)
Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT akan
mengampunkan dosa-dosa lain selain syirik jika mereka bertaubat. Allah SWT
tidak akan mengampuni dosa syirik kerana manusia menyekutukan Allah SWT dengan
ciptaan-Nya.
Analogi
Seorang raja mempunyai seorang gundik yang diberikan apa sahaja yang diminta. Senyap-senyap gundik tersebut mempunyai lelaki lain yang sentiasa mengunjunginya tanpa diketahui oleh raja tersebut. Pada suatu hari, raja datang secara mengejut ke rumah gundik tersebut dan dia melihat gundik kesayangannya bersama lelaki lain. Raja berasa sangat murka lalu menjatuhkan hukuman ke atas lelaki dan perempuan tersebut kerana kecurangan terhadap beliau.
Seorang raja mempunyai seorang gundik yang diberikan apa sahaja yang diminta. Senyap-senyap gundik tersebut mempunyai lelaki lain yang sentiasa mengunjunginya tanpa diketahui oleh raja tersebut. Pada suatu hari, raja datang secara mengejut ke rumah gundik tersebut dan dia melihat gundik kesayangannya bersama lelaki lain. Raja berasa sangat murka lalu menjatuhkan hukuman ke atas lelaki dan perempuan tersebut kerana kecurangan terhadap beliau.
Analogi ini bukan untuk menyamakan sifat Allah
SWT dengan manusia tetapi jika raja yang mempunyai kekuasaan terhad (hanya
kuasa memerintah negeri) marah apabila dicurangi, apatah lagi Allah SWT yang
Maha berkuasa (kuasa seluruh alam) akan lebih marah apabila hamba-Nya curang
dengan menyekutukan-Nya.
2. Bolehkah mandi bunga untuk membuang sial?
Mandi bunga mempunyai dua makna iaitu sebagai
terapi menggunakan wangi-wangian atau mempercayai bomoh untuk membuang sial.
Fungsi mandi bunga sebagai terapi tidak mempunyai masalah tetapi jika dilakukan
kerana percaya bahawa air bunga tersebut mempunyai kuasa untuk membuang sial,
maka ia termasuk dalam amalan syirik. Sedangkan amalan syirik tidak diampunkan
oleh Allah seperti diterangkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampuni
dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa selain syirik bagi siapa yang
dikehendaki-Nya. Barang siapa mempersekutukan Allah SWT, maka sungguh ia telah
berbuat dosa yang besar.”
(Surat An-Nisa', ayat: 48)
(Surat An-Nisa', ayat: 48)
Selain itu, jika mandi bunga untuk terapi
dilakukan oleh perempuan tidak ada masalah tetapi jika dilakukan oleh lelaki
maka akan menyebabkan pendedahan orang kepada lelaki tersebut. Oleh itu,
kebarangkalian berlaku pencabulan dan rogol sangat tinggi. Perkara ini sering
dilaporkan dalam surat kabar harian.
Kesimpulan
1. Syirik merupakan dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah SWT. Oleh itu, berhati-hatilah terhadap amalan yang termasuk dalam amalan syirik .
1. Syirik merupakan dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah SWT. Oleh itu, berhati-hatilah terhadap amalan yang termasuk dalam amalan syirik .
2. Sebahagian muslim yang mensyirikkan Allah
SWT secara tidak sedar sehingga akidahnya telah terbatal. Maka, bertaubatlah
dengan segera.
3. Sesungguhnya, percaya kepada kekuatan
selain Allah SWT adalah amalan syirik yang dapat membatalkan akidah seseorang
Do’a
Sesudah Belajar
اَللَّهُمَّ
أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّـبَاعَه وَأَرِنَا الْبَاطِلَ
بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ
Aallohumma Arinal Haqqo Haqqon
Warzuqnattibaa’ahu. Wa Arinalbaathila Baa-Thilan Warzuqnajtinaabahu
Artinya
: Ya Alloh, tunjukkanlah kepada kami kebenaran sehinggga kami dapat
mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kejelekan sehingga kami dapat
menjauhinya
Tidak ada komentar:
Posting Komentar