Do’a Sebelum
Belajar
رَبِّ
زِدْنِي عِلْمًا، وَارْزُقْنِيْ فَهْمًا وَاجْعَلْنِيْ مِنَ
الصَّالِحِيْنَ
Robbii Zidnii ‘Ilmaa, Warzuqnii Fahmaa,
Waj’alnii Minash-Shoolihiin Amiin Ya Robbal ‘Aalamiin
Artinya : Ya Alloh Tambahkanlah aku ilmu, Dan
berilah aku karunia untuk dapat memahaminya, Dan jadikanlah aku termasuk
golongannya orang-orang yang shoolih. Ya Alloh kabulkanlah do’aku ini.
Cinta itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya
adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya,
rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya,
buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut
namanya. Jika di dalam cinta ada satu bahagian yang kosong bererti cinta itu
berkurang.
Apabila Allah s.w.t. cinta kepada kita
maka seluruh makhluk di langit dan di bumi akan mencintainya bertepatan dengan
hadith dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah
bersabda yang
bermaksud:
“Jika Allah s.w.t. mencintai seseorang
hamba, maka Jibril berseru, “Sesungguhnya Allah s.w.t. mencintai Fulan, maka
cintailah dia!” Maka para penghuni langit mencintainya, kemudian dijadikan
orang-orang yang menyambutnya di muka bumi.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Dalam Sunan Abu Daud dari hadith Abu
Dzar r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Amal yang paling utama
ialah mencintai kerana Allah s.w.t. dan membenci kerana Allah s.w.t.”
Imam Ahmad berkata: “Kami diberitahu
oleh Isma’il bin Yunus, dari Al-Hassan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi
Allah, Allah s.w.t. tidak akan mengazab kekasih-Nya, tetapi Dia telah
mengujinya di dunia.”
Bagaimanakah yang dikatakan hakikat
cinta itu?
Banyak mengingati pada yang
dicintai, membicarakan dan menyebut namanya.
Apabila seseorang itu mencintai sesuatu atau
seseorang, maka sudah tentu beliau kan sentiasa mengingatinya di hati atau
menyebutnya dengan lidah. Oleh yang demikian, Allah s.w.t. memerintahkan
hamba-hamba-Nya sgsr mengingati-Nya dalam apa keadaan sekalipun sebagaiman yang
difirmankan oleh Allah s.w.t.:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila
kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya,
dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu
berjaya (mencapai kemenangan).” [Al-Anfaal:45]
Tunduk pada perintah orang yang
dicintainya dan mendahulukannya daripada kepentingan diri sendiri.
Dalam hal ini, orang yang mencintai itu ada
tiga macam:
1. Orang yang mempunyai keinginan tertentu
dari orang yang dicintainya.
2. Orang yang berkeinginan terhadap orang yang
dicintainya.
3. Orang yang berkeinginan seperti keinginan
orang yang dicintainya. Inilah yang merupakan tingkatan zuhud yang paling
tinggi kerana dia mampu menghindari setiap keinginan yang bertentangan dengan
orang yang dicintainya. Firman Allah s.w.t.:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar
kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.” [A’li Imran:31]
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasul s.a.w.
bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia
dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang-orang lain pakaian yang
dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud daripada dunia) untuk
mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula.
Pada hal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).
Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu?
Apakah kamu terlampau berani berbohong kepadaKu? Demi KebesaranKu, Aku
bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka
sendiri sehingga orang ‘alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan
sebab tekanan fitnah itu)” [Riwayat At-Tirmidzi]
Ibnu Abbas berkata: Allah memerintahkan
kepada orang-orang yang beriman agar tidak meredhai kemungkaran yang berlaku di
tengah-tengah mereka. Apabila mereka mengakui kemungkaran itu, maka azab Allah
akan menimpa mereka semua, baik yang melakukannya mahupun orang-orang yang baik.
Umar Ibn Abdul Aziz berkata: Bahawa
sesungguhnya Allah tidak mengazab orang ramai dengan sebab perbuatan yang
dilakukan oleh orang-oeang perseorangan. Tetapi kalau maksiat dilakukan
terang-terangan sedangkan mereka (orang ramai) tidak mengingatkan, maka keseluruhan
kaum itu berhak mendapat seksa.
"Sesungguhnya Allah telah memfardhukan
pelbagai perkara wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah
menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan
juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya,
dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan
buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu
dengan mencari hukumannya"( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih,
An-Nawawi : Hasan )
Mencintai tempat dan rumah sang
kekasih.
Di sinilah letaknya rahsia seseorang yang
menggantungkan hatinya untuk sentiasa rindu dan cinta kepada Ka’abah dan
Baitulahhilharam serta masjid-masjid sehinggakan dia rela berkorban harta dan
meninggalkan orang tersayang serta kampung halamannya demi untuk meneruskan
perjalanan menuju ke tempat yang paling dicintainya. Perjalanan yang berat pun
akan terasa ringan dan menyenangkan.
Bukannya seperti kebanyakan daripada manusia
zaman ini yang lebih cintakan harta benda daripada apa yang sepatutnya mereka
cintai.
Daripada Tsauban r.a berkata: Rasul s.a.w.
bersabda: “Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan
datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni
talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya: Apakah dari kerana
kami sedikit pada hari itu? Nabi s.a.w. menjawab: Bahkan kamu pada hari itu
banyak sekali, tetapi kamu umpama nuih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut
rasa gerund terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan
mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit “wahan”. Seorang sahabat bertanya:
Apakah “wahan” itu hai Rasul s.a.w? Nabi s.a.w. menjawab: Cinta dunia dan takut
mati” [Riwayat Abu Daud]
Mencintai apa yang dicintai sang
kekasih.
Dengan mematuhi segala perintah Allah s.w.t.
serta mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w.
“Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu
ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu
menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang
terang nyata” [Al-Baqarah:208]
Berkorban untuk mendapatkan
keredhaan sang kekasih
Keimanan seseorang muslim itu akan lengkap
sekiranya dia mencintai Rasulullah s.a.w. dengan hakikat cinta yang sebenar.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman seorang daripada kalian sehingga aku
menjadi orang yang lebih dicintainya daripada (cintanya kepada) anak dan
bapanya serta sekelian manusia” [Riwayat Asy-Syaikhany, An-Nasaai, Ibnu Majah
dan Ahmad]
Barangsiapa yang lebih mementingkan orang yang
dicintai, maka beliau sanggup berkorban nyawa sekalipun demi untuk membuktikan
kecintaannya itu kepada sang kekasih yang dicintainya. Oleh yang demikian,
kedudukan iman seseorang masih belum dianggap mantap kecuali menjadikan
Rasulullah s.a.w. sebagai orang yang paling mereka cintai, lebih besar dari
cinta kepada diri mereka sendiri apalagi cinta kepada anak dan seterusnya
keluarga dan harta benda. Firman Allah s.w.t.:
“Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi
orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri[1200] dan isteri-isterinya adalah
ibu-ibu mereka. dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain
lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmim
dan orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu berbuat baik[1201] kepada
saudara-saudaramu (seagama). adalah yang demikian itu telah tertulis di dalam
Kitab (Allah)”
[1200] Maksudnya:
orang-orang mukmin itu mencintai nabi mereka lebih dari mencintai diri mereka
sendiri dalam segala urusan.
[1201] yang
dimaksud dengan berbuat baik disini ialah berwasiat yang tidak lebih dari
sepertiga harta.
[Al-Ahzab:6]
Cemburu kepada yang dicintai.
Orang yang mencintai Allah s.w.t. dan
Rasul-Nya sentiasa cemburu hatinya apabila hak-hak Allah s.w.t. dan Rasul-Nya
dilanggar dan diabaikan. Dari kecemburuan inilah timbulnya pelaksanaan amal
makruf dan nahi mungkar. Oleh kerana itulah, Allah s.w.t. menjadikan jihad
sebagai tanda cinta kepada-Nya. Firman Allah s.w.t.:
”Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di
antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu
kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap
lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap
orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada
celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada
siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha
Mengetahui” [Al-Maaidah:54]
Menghindari hal-hal yang
merenggangkan hubungan dengan orang yang dicintai dan membuatnya marah.
”Hai nabi, bertakwalah kepada Allah dan
janganlah kamu menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik.
Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan ikutilah apa
yang diwahyukan Tuhan kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui apa
yang kamu kerjakan. Dan bertawakkallah kepada Allah. dan cukuplah Allah sebagai
Pemelihara” [Al-Ahzab:1-3]
”Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah
tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka
mencintai Allah. adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada
Allah. dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu[106] mengetahui
ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan
Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka
menyesal)”
[106] yang dimaksud dengan orang yang zalim di
sini ialah orang-orang yang menyembah selain Allah. [Al-Baqarah:165]
“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi
kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan
- tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah”
[Al-Maaidah:50]
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil)
harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan
pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana
hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat)
dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” [Al-Baqarah:188]
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: aku
mendengar Rasul s.a.w. bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang
pernah menimpa umat-umat terdahulu. Sahabat bertanya: Apakah penyakit-penyakit
umat-umat terdahulu itu? Nabi s.a.w. menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah (1)
terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin
(4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6)
hasut-menghasut sehingga jadi zalim menzalimi” [Riwayat Al-Hakim]
Do’a
Sesudah Belajar
اَللَّهُمَّ
أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّـبَاعَه وَأَرِنَا الْبَاطِلَ
بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ
Aallohumma Arinal Haqqo Haqqon
Warzuqnattibaa’ahu. Wa Arinalbaathila Baa-Thilan Warzuqnajtinaabahu
Artinya : Ya Alloh, tunjukkanlah kepada kami
kebenaran sehinggga kami dapat mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami
kejelekan sehingga kami dapat menjauhinya
Tidak ada komentar:
Posting Komentar